Sunday, March 27, 2011

Dilema JPA vs MARA

.

Sudah menjadi adat sejak zaman dahulu kala, antara soalan wajib setiap calon SPM yang berjaya ialah,

"MARA ke JPA eh?"

Berikutan itu, bagi mengelak permasalahan 'menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali', kami di Alumni Intesaber mengambil keputusan untuk menerbitkan entri, "Dilema JPA vs MARA" ini.

1. Baca iklan.

Iklan biasiswa JPA dan MARA biasanya akan dihebahkan di dalam media massa sehari selepas keputusan SPM diumumkan (kadang-kadang lebih awal, kadang-kadang lebih lambat). Sila ambil perhatian.

Semak syarat-syarat umum yang diminta oleh kedua-kedua pihak penaja, pastikan anda mencapai tahap minimum kelayakan.

2. Apa bidang pengajian yang saya mahu?

Teliti dahulu kedua-dua hebahan oleh pihak JPA dan MARA. Lihat senarai kursus pengajian yang ditawarkan, dan pastikan anda mencapai tahap minimum permohonan.

Sekiranya kursus pengajian yang anda mahukan tiada di dalam iklan JPA, semak pula iklan MARA.

Secara umumnya, pihak JPA (mulai tahun 2010) telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bidang pengajian yang ditawarkan. Mereka mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada bidang-bidang kritikal seperti medikal dan kejuruteraan; kursus seperti Sains Komputer pula telah dibuang daripada senarai bidang yang ditawarkan.

3. Permohonan (secara ringkas)

Secara umumnya, semua pemohon biasiswa JPA dan MARA akan melalui proses yang sama. Cumanya pada tahun 2009, calon MARA dikehendaki menulis esei semasa permohonan mereka. Calon JPA pula dikehendaki melalui proses temuduga secara berkumpulan (MARA hanya temuduga secara individu). Selain daripada dua peringkat tersebut, saya kira, JPA dan MARA tidak banyak bezanya.

Kedua-dua pemohon biasiswa JPA dan MARA akan melalui proses pengisian borang, ujian personaliti secara online dan temuduga.

4. Peluang untuk berjaya?

Dahulu, ramai senior-senior saya yang berkata,

"MARA kalau dah dapat panggilan interview tu, konfem dapat punyalah!"

Tetapi malangnya, perkara itu tidak lagi 'valid' sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Persaingan semakin besar, semakin ramai calon yang mendapat straight As, sedangkan tempat yang ditawarkan pula kekal kecil.

Secara jujurnya, peluang untuk berjaya mungkin lebih besar jika anda memilih MARA; walau bagaimanapun, tahun 2010 (SPM 2009) sahaja telah menyaksikan selautan pelajar2 cemerlang (yang memohon tajaan MARA) ditolak kerana kekurangan tempat, dan ramai juga yang diserap masuk ke dalam program tajaan "Pengajian Ijazah Dalam Negara" (PIDN MARA).

Jadi, membawa kita semula ke titik kosong, kedua-dua JPA dan MARA; peluangnya hampir sama.

5. Elaun

Kita tinggalkan dahulu isu dapat atau tidak dapat dan bayangkan, kalaulah anda dapat.

Elaun semasa persediaan anda (secara umumnya) di Malaysia adalah sama, tiada bezanya. Pelajar JPA mendapat elaun RM430 sebulan, pelajar MARA juga mendapat elaun RM430 sebulan. Itulah kisahnya untuk pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA di Uniten (ke United States) dan Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya.

Walau bagaimanapun, jumlah elaun yang diberikan semasa pengajian ijazah adalah berbeza. Elaun JPA lebih banyak daripada elaun MARA, kadang-kadang hampir mencecah sekali ganda daripada elaun MARA. (Notice the word, "kadang-kadang". Thank you).

6. Kenapa ada perbezaan?

Penajaan MARA adalah berteraskan pinjaman. Maknanya, apa yang MARA taja, anda perlu bayar balik. Namun kadar bayar baliknya tidaklah banyak, sekadar 1-10 peratus sahaja (mungkin lebih banyak, mungkin lebih kurang; kadang-kadang berdasarkan keputusan, sama ada cemerlang atau tidak cemerlang. Kalau anda lebih cemerlang, jumlah bayaran balik biasanya akan berkurang).

Sebarang cubaan untuk tidak membayar balik boleh menyebabkan keluarga [baca:keturunan anak-pinak anda] disenarai hitamkan daripada permohonan masuk ke MRSM ataupun memohon tabung biasiswa MARA. Jadi, mahu tidak mahu, anda mesti bayar balik!

Penajaan JPA pula berteraskan 'bond'. Maknanya, selepas tamat pengajian, pelajar tajaan JPA perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh masa yang tertentu; biasanya enam tahun. Walau bagaimanapun, perubahan dasar yang dibuat kerajaan pada tahun 2010 yang lalu telah membenarkan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk bekerja di syarikat-syarikat GLC (dengan syarat-syarat yang tertentu).

Untuk memudahkan lagi cerita, jika anda memilih JPA, mungkin anda akan rasa terbeban kerana terpaksa berkerja dengan pihak kerajaan untuk suatu tempoh masa yang agak lama, tetapi sekurang-kurangnya, anda sudah ada kerja; berbeza sama sekali dengan pelajar tajaan MARA yang masih kabur peluang pekerjaannya.

7. Syarat Untuk Fly

Anda sudah berjaya mendapatkan tajaan JPA/MARA. Kini, anda sedang meneruskan pengajian asas anda sebelum terbang ke luar negara (A-levels, IB, SAT, Ausmat, dll). Khabar angin mengatakan,

"MARA ni senang nak dapat biasiswa, tapi susah nak fly; JPA pulak susah nak dapat biasiswa, tapi senang nak fly!"

Mungkin ini mitos, mungkin juga betul.

Untuk kes saya (MARA ke Amerika Syarikat), syarat yang dikenakan adalah agak rendah berbanding dengan syarat pihak JPA.

Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin berbeza bagi mereka yang mengambil A-levels dan IB.

Psst, tapi dengar-dengarnyalah kan. Memang ramai jugak pemegang biasiswa MARA yang tak fly. Tak tahulah betul ke tak kan. =ppp

8. Solat Istikharah, Buat pilihan yang Bijak!

Jika sehingga saat ini anda masih dalam dilema MARA vs JPA, bertindaklah cepat. Akan tetapi, persaingan yang semakin mantap saban tahun mungkin akan menyebabkan anda kurang berjaya. Andai anda kurang berjaya, jangan putus daripada memohon rahmat Allah. Mungkin itu dugaan, sebagai persediaan untuk masa hadapan yang lebih mencabar.

Selamat memilih ya~! :DD

10 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum
congratz to admin for this post.to adik2 basically mara n jpa sama je..the myths mmg invalid dah.if u guys ada rezeki dpt offer to overseas,jgn sia2 kn peluang time wat preparation.xkesah la kt intec or inti or taylor,dun thnk that u got straight a++ star,cnfrm dpt fly..i was in inti,nilai n jpa sponsor..few of my friends x dpt fly sbb x above cut-off pointer 2.75.all of them were from SBP.nk dpt 2.5 for a semester pn ssh dlu kt inti..alhamdulillah skrg da ade kt US.so,to u guys jgn main2..study elok2.jika xdpt g overseas,means ur rezeki in local..msia education system pn hebat!all the best n make a right choice..*jom rmi2 apply g US!* ;p

Anonymous said...

assalamaulaikum.
bagi saya pula, saya setuju dengan komen pihak di atas. mara dan jpa sama sahaja. andai kita cemerlang dan berusaha untuk mengekalkan nya, inshaAllah, rezeki tu ada untuk kita seperti yang Dia janjikan. dan ingin saya jelaskan, perihal mara, kerana saya salah seorang pemegang pinjaman mara. terdapat perbezaan di antara SPC DAN SPT yakni SKIM PELAJAR CEMERLANG DAN SKIM PINJAMAN TERBUKA.
dua-dua berbeza ya.
harap semua faham.

Wan said...

Assalamualaikum.

@anonymousSatu: yep, kadang-kadang bila hati dah teruja sangat mendapat biasiswa JPA/MARA, kita terlupa bahawa kecemerlangan akademik kita perlu terus dikekalkan.

Maka, kepada semua pemohon biasiswa yang berjaya, kekalkan kecemerlangan anda! Surat tawaran untuk program persediaan tidak bermakna anda sudah WAJIB akan terbang, ia hanyalah satu lagi permulaan.

@AnonymousDua: Ops, maaflah kerana tidak dapat menerangkan secara lebih lanjut berkenaan program penajaan MARA SPC dan MARA SPT.

Walau bagaimanapun, semasa perjumpaan dengan pihak MARA baru-baru ini; mereka telah menjelaskan bahawa mulai tahun 2010, mereka tidak akan menawarkan lagi program penajaan SPC.

Sebarang maklumat lanjut boleh dirujuk pada portal rasmi MARA. ;D

aKiRa LiL said...

thanks wahai si pegawai MARA..
hahahaha ;p

Wan said...

@aKiRa LiL: ahaha~ saya hanya membantu. Saya bukan Along, saya cuma mahu tolong. :DDD

@YCMT said...

salam...
apa yg ditulis kat atas tu betul... dpt x dpt, semua ni rezeki.
x kira mara ker jpa... kena wat btul2 bila kiter dpt interview nanti...
pastu dpt dah dpt offer... kena study hard... tuk pastikan awak fly plak.. sbb ada jer yg x fly bila lepas foundation, sbb x lepas merit yg ditetapkan.. yg penting kena usaha untuk berjaya dgn study hard.
so jgn sesiakan peluang yg dpt...

apa pun berserah... JPA atau MARA, tu peluang keemasan yg semua tunggu.. terutama yang dpt result cemerlang2 tu kaN????

wish all gud luck.

Anonymous said...

i do tink i noe anonymousONE!hahaXD

Anonymous said...

Jpa take care their students better but Mara allowance much more pleaseable lol

after all is all about your passion, choose your course wisely despite who will honor you with scholarship

:: illatajuddin :: said...

sy nak tny ape syart student tajaan JPA ntk bekerja di syarikt GLC?sbb sy dpt offer di situ...

Anonymous said...

tumpang tanye...ape syarat yg dikenakan untuk fly kalau under jpa buat A level?

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Upgraded by-Zayani Syazwan