Sunday, March 27, 2011

Dilema JPA vs MARA

.

Sudah menjadi adat sejak zaman dahulu kala, antara soalan wajib setiap calon SPM yang berjaya ialah,

"MARA ke JPA eh?"

Berikutan itu, bagi mengelak permasalahan 'menjawab soalan yang sama berulang-ulang kali', kami di Alumni Intesaber mengambil keputusan untuk menerbitkan entri, "Dilema JPA vs MARA" ini.

1. Baca iklan.

Iklan biasiswa JPA dan MARA biasanya akan dihebahkan di dalam media massa sehari selepas keputusan SPM diumumkan (kadang-kadang lebih awal, kadang-kadang lebih lambat). Sila ambil perhatian.

Semak syarat-syarat umum yang diminta oleh kedua-kedua pihak penaja, pastikan anda mencapai tahap minimum kelayakan.

2. Apa bidang pengajian yang saya mahu?

Teliti dahulu kedua-dua hebahan oleh pihak JPA dan MARA. Lihat senarai kursus pengajian yang ditawarkan, dan pastikan anda mencapai tahap minimum permohonan.

Sekiranya kursus pengajian yang anda mahukan tiada di dalam iklan JPA, semak pula iklan MARA.

Secara umumnya, pihak JPA (mulai tahun 2010) telah mengambil keputusan untuk mengurangkan bidang pengajian yang ditawarkan. Mereka mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada bidang-bidang kritikal seperti medikal dan kejuruteraan; kursus seperti Sains Komputer pula telah dibuang daripada senarai bidang yang ditawarkan.

3. Permohonan (secara ringkas)

Secara umumnya, semua pemohon biasiswa JPA dan MARA akan melalui proses yang sama. Cumanya pada tahun 2009, calon MARA dikehendaki menulis esei semasa permohonan mereka. Calon JPA pula dikehendaki melalui proses temuduga secara berkumpulan (MARA hanya temuduga secara individu). Selain daripada dua peringkat tersebut, saya kira, JPA dan MARA tidak banyak bezanya.

Kedua-dua pemohon biasiswa JPA dan MARA akan melalui proses pengisian borang, ujian personaliti secara online dan temuduga.

4. Peluang untuk berjaya?

Dahulu, ramai senior-senior saya yang berkata,

"MARA kalau dah dapat panggilan interview tu, konfem dapat punyalah!"

Tetapi malangnya, perkara itu tidak lagi 'valid' sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Persaingan semakin besar, semakin ramai calon yang mendapat straight As, sedangkan tempat yang ditawarkan pula kekal kecil.

Secara jujurnya, peluang untuk berjaya mungkin lebih besar jika anda memilih MARA; walau bagaimanapun, tahun 2010 (SPM 2009) sahaja telah menyaksikan selautan pelajar2 cemerlang (yang memohon tajaan MARA) ditolak kerana kekurangan tempat, dan ramai juga yang diserap masuk ke dalam program tajaan "Pengajian Ijazah Dalam Negara" (PIDN MARA).

Jadi, membawa kita semula ke titik kosong, kedua-dua JPA dan MARA; peluangnya hampir sama.

5. Elaun

Kita tinggalkan dahulu isu dapat atau tidak dapat dan bayangkan, kalaulah anda dapat.

Elaun semasa persediaan anda (secara umumnya) di Malaysia adalah sama, tiada bezanya. Pelajar JPA mendapat elaun RM430 sebulan, pelajar MARA juga mendapat elaun RM430 sebulan. Itulah kisahnya untuk pelajar-pelajar tajaan JPA dan MARA di Uniten (ke United States) dan Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya.

Walau bagaimanapun, jumlah elaun yang diberikan semasa pengajian ijazah adalah berbeza. Elaun JPA lebih banyak daripada elaun MARA, kadang-kadang hampir mencecah sekali ganda daripada elaun MARA. (Notice the word, "kadang-kadang". Thank you).

6. Kenapa ada perbezaan?

Penajaan MARA adalah berteraskan pinjaman. Maknanya, apa yang MARA taja, anda perlu bayar balik. Namun kadar bayar baliknya tidaklah banyak, sekadar 1-10 peratus sahaja (mungkin lebih banyak, mungkin lebih kurang; kadang-kadang berdasarkan keputusan, sama ada cemerlang atau tidak cemerlang. Kalau anda lebih cemerlang, jumlah bayaran balik biasanya akan berkurang).

Sebarang cubaan untuk tidak membayar balik boleh menyebabkan keluarga [baca:keturunan anak-pinak anda] disenarai hitamkan daripada permohonan masuk ke MRSM ataupun memohon tabung biasiswa MARA. Jadi, mahu tidak mahu, anda mesti bayar balik!

Penajaan JPA pula berteraskan 'bond'. Maknanya, selepas tamat pengajian, pelajar tajaan JPA perlu berkhidmat dengan kerajaan dalam tempoh masa yang tertentu; biasanya enam tahun. Walau bagaimanapun, perubahan dasar yang dibuat kerajaan pada tahun 2010 yang lalu telah membenarkan pelajar-pelajar tajaan JPA untuk bekerja di syarikat-syarikat GLC (dengan syarat-syarat yang tertentu).

Untuk memudahkan lagi cerita, jika anda memilih JPA, mungkin anda akan rasa terbeban kerana terpaksa berkerja dengan pihak kerajaan untuk suatu tempoh masa yang agak lama, tetapi sekurang-kurangnya, anda sudah ada kerja; berbeza sama sekali dengan pelajar tajaan MARA yang masih kabur peluang pekerjaannya.

7. Syarat Untuk Fly

Anda sudah berjaya mendapatkan tajaan JPA/MARA. Kini, anda sedang meneruskan pengajian asas anda sebelum terbang ke luar negara (A-levels, IB, SAT, Ausmat, dll). Khabar angin mengatakan,

"MARA ni senang nak dapat biasiswa, tapi susah nak fly; JPA pulak susah nak dapat biasiswa, tapi senang nak fly!"

Mungkin ini mitos, mungkin juga betul.

Untuk kes saya (MARA ke Amerika Syarikat), syarat yang dikenakan adalah agak rendah berbanding dengan syarat pihak JPA.

Walau bagaimanapun, perkara ini mungkin berbeza bagi mereka yang mengambil A-levels dan IB.

Psst, tapi dengar-dengarnyalah kan. Memang ramai jugak pemegang biasiswa MARA yang tak fly. Tak tahulah betul ke tak kan. =ppp

8. Solat Istikharah, Buat pilihan yang Bijak!

Jika sehingga saat ini anda masih dalam dilema MARA vs JPA, bertindaklah cepat. Akan tetapi, persaingan yang semakin mantap saban tahun mungkin akan menyebabkan anda kurang berjaya. Andai anda kurang berjaya, jangan putus daripada memohon rahmat Allah. Mungkin itu dugaan, sebagai persediaan untuk masa hadapan yang lebih mencabar.

Selamat memilih ya~! :DD

Sunday, February 13, 2011

Sijil SPM 2009 SBPI Sabak Bernam

sijil SPM berjata negara dan berlogo Lembaga Peperiksaan Malaysia
Pic- Mohd Hafiz Noor Shams


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perhatian kepada semua bekas pelajar SBPI Sabak Bernam yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2009, Lembaga Peperiksaan Malaysia sudah mengeluarkan sijil rasmi SPM anda. Sehubungan dengan itu, anda dijemput hadir ke sekolah bagi mengambil sijil SPM tersebut (berserta gambar sewaktu program Hari Anugerah Kecemerlangan tahun 2010).

Kaunter pengambilan sijil hanya dibuka pada waktu pejabat:

Isnin-Jumaat (8.00 pagi - 4.30 petang)

Sebarang pertanyaan berkenaan urusan pengambilan sijil tersebut bolehlah dirujuk kepada Cikgu Hasfarina di laman Facebooknya.

Marilah sama-sama kita memeriahkan 'program pengambilan sijil' tersebut! =)

.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Upgraded by-Zayani Syazwan