Monday, March 15, 2010

SBPI Sabak Bernam, Tahniah!



54 calon SPM cemerlang

SHAH ALAM – Seramai 54 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 di negeri ini memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) semua mata pelajaran yang diduduki.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPS), Sulaiman Wak berkata, calon Cemerlang Tertinggi berkenaan antara 1,894 calon yang memperoleh gred cemerlang iaitu A+, A atau A- semua subjek.

Menurutnya, pada keseluruhannya, pencapaian calon SPM 2009 bertambah baik apabila seramai 57,117 calon (90.11 peratus) berjaya mendapat sijil SPM berbanding 52,656 (89.54 peratus) pada 2008 iaitu meningkat sebanyak 0.57 peratus.


Sunday, March 14, 2010

Sekapur Sireh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala pujian bagi Allah Azza Wajalla pemilik sekalian alam - dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda, para sahabat r.a. dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Syukur ke hadrat Allah kerana dengan taufiq dan inayah-Nya, telah mengizinkan kami untuk melancarkan laman "Alumni SBPI Sabak Bernam" sebagai satu wadah perkongsian buah fikiran dan ilmu bekas-bekas pelajar SBPI Sabak Bernam.

Laman "Alumni SBPI Sabak Bernam" ini dilancarkan dengan tujuan untuk membantu laman web rasmi sekolah menyampaikan berita-berita semasa daripada perspektif yang berbeza [oleh para pelajar, guru, ataupun penulis jemputan]. Selain itu, artikel-artikel yang berupa perkongsian pendapat oleh pelajar, guru-guru dan bekas-bekas pelajar juga akan turut dimuatkan dalam aman ini.

Sekiranya terdapat sebarang teguran atau pandangan, bolehlah dihantar kepada ADMIN Portal bagi menambah ruang untuk meningkatkan lagi keberkesanan kuantiti dan juga kualiti maklumat yang dimuatkan dalam halaman ini.

Sekian, Selamat Melayari Halaman Baru "Alumni SBPI Sabak Bernam"~.

Wasalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Upgraded by-Zayani Syazwan